Sebabnya ialah manusia adalah makhluk yang lemah. Layakkah makhluk yang lemah itu bermegah-megah dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi? Sayangnya, realiti masakini , kita dapati ramai manusia yang lupa hakikat dan jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.
Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhluk Allah s.w.t., bermula dari peristiwa pengusiran Iblis dari syurga kerana , lantaran niat sombongnya, enggan sujud kepada Nabi Adam a.s tatkala diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk sujud hormat kepadanya.
Demikian juga Allah s.w.t telah menenggelamkan Qarun beserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi disebabkan kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t dan juga kepada kaumnya sendiri.
Allah s.w.t juga telah menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya ke dalam laut kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t. dan juga kepada kaumnya sendiri, dan kerana kesombongannya itulah dia lupa diri sehingga dengan keangkuhannya dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang mesti disembah dan diagungkan.
Kehancuran kaum Nabi Luth a.s juga karena kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Luth a.s. agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka iaitu melakukan penyimpangan seksual, yakni lebih suka memilih pasangan hidup sama jenis (homosek); sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi, Allah s.w.t membalikkan bumi tempat tinggal mereka dan tiada seorang pun dari mereka yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah yang datangnya secara tiba-tiba itu.
Dan masih banyak kisah lain yang dapat menyedarkan manusia dari sifat sombong dan angkuh, sekiranya mereka menggunakan hati nurani dan akalnya yang sihat.
Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)
Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269).
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)
Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata, "Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain, kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan- Nya.” (Umdatul Qari` 22/140).
Nash-nash Ilahiyyah banyak sekali mencela orang
yang sombong dan angkuh, baik yang terdapat dalam Al-Qur`an maupun dalam
As-Sunnah.Rasululla h s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat
sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a.,
dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam
hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya
Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya
bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia
menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak
kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)
Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar
tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu
menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak
kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269).
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah
berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna
segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap
orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari
menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)
Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata,
"Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya
sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain, kesombongan yang paling
dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya)
dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam
mentauhidkan- Nya.” (Umdatul Qari` 22/140).
Nash-nash Ilahiyyah banyak sekali mencela orang
yang sombong dan angkuh, baik yang terdapat dalam Al-Qur`an maupun dalam
As-Sunnah.
1. Orang Yang Sombong Telah Mengabaikan Perintah
Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman, artinya:
”Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri. " (QS. 31:18)
Ibnu Abbas r.a , ketika menjelaskan makna firman
Allah s.w.t: ”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia” berkata:
"Janganlah kamu sombong dan merendahkan manusia, hingga kamu memalingkan
mukamu ketika mereka berbicara kepadamu." (Tafsir At-Thabari 21/74)
Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah
s.w.t., ”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh”, maksudnya:
”Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati,
janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu".
(Tafsir Ibnu Katsir 3/417).
2. Orang Yang Sombong Menjadi Penghuni Neraka.
Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:
”(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah
pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka
Jahannam”
(QS. Az-Zumar: 72)
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di
dalam hatinya sedikit kesombongan. " (HR. Muslim)
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda,
"Mahukah Aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat
menjawab: tentu (wahai Rasulullah), lalu beliau berkata: "(Penghuni syurga
adalah) orang-orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain, kalau dia
bersumpah (berdo'a) kepada Allah nescaya Allah kabulkan do'anya, Mahukah Aku
beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab: tentu (wahai
Rasulullah), lalu beliau berkata: "(Penghuni neraka adalah) orang-orang
yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong". (HR.
Bukhari & Muslim)
3. Orang Yang Sombong Pintu Hatinya Terkunci Dan
Tertutup.
Sebagaimana Firman Allah s.w.t.,mafhumnya:
"Demikianah Allah mengunci mati pintu hati
orang yang sombong takbur , lsgi bermaharajalela pencerobohannya " (QS.
Ghafir 35)
Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata,
"Sebagaimana Allah mengunci mati hati orang yang memperdebatkan ayat-ayat
Allah maka demikian juga halnya Allah juga mengunci mati hati orang yang
sombong lagi berbuat sewenang-wenangnya , yang demikian itu karena hati
merupakan sumber pangkal kesombongan, sedangkan anggota tubuh hanya tunduk dan
patuh mengikuti hati". (Fathul Qodir 4/492).
4. Kesombongan Membawa Kepada Kehinaan Di Dunia Dan
Di Akhirat
Orang yang sombong akan mendapat kehinaan di dunia
ini berupa kejahilan, sebagai balasan dari perbuatannya. Perhatikanlah firman
Allah s.w.t. , artinya: Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong
takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu
(yang menunjukkan kekuasaanKu)” (QS. Al-'Araf: 146)
Maksudnya, iaitu, Aku (Allah) halangi mereka dari
memahami hujah-hujah dan dalil-dalil yang menunjukkan tentang keagungan-Ku,
syari'at-Ku, hukum-hukum- Ku pada hati orang-orang yang sombong untuk ta'at
kepada-Ku dan sombong kepada manusia tanpa alasan yang benar, sebagaimana
mereka sombong tanpa alasan yang benar, maka Allah hinakan mereka dengan kebodohan
(kejahilan). (Tafsir Ibnu Katsir 2/228)
Kebodohan adalah sumber segala malapetaka, sehingga
Allah sangat mencela orang-orang yang jahil dan orang-orang yang selesa dengan
kejahilannya, Allah s.w.t. berfirman, artinya: Sesungguhnya sejahat-jahat
makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang
yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal
fikirannya). ” (QS. Al-Anfal:22)
Allah s.w.t menghina orang-orang yang tidak mahu
menerima kebenaran dan tidak mahu mengatakan yang haq, sehingga orang tersebut
tidak memahami ayat-ayat-Nya yang pada akhirnya menyebabkan dia menjadi seorang
yang jahil dan tidak mengerti apa-apa; dan kejahilan itulah bentuk kehinaan
bagi orang-orang yang sombong.
Dan orang yang sombong di akhirat dihinakan oleh
Allah s.w.t. dengan mengecilkan saiz tubuh mereka sekecil semut dan kehinaan
datang kepada mereka dari segenap penjuru , hal ini sebagaimana disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut:
"Orang-orang yang sombong akan dihimpunkan
pada hari kiamat seperti dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia,
dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara
neraka jahannam yang di sebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala
dan mereka diberi minuman dari kotoran penghuni neraka".
(HR. Tirmizi & Ahmad, dihasankan oleh Syeikh
Al-Albani dalam Al-Misykat)
Semoga dengan merenungi nash-nash Ilahiyyah diatas,
rahmat Allah akan sentiasa bersama kita dan menjauhkan kita dari sifat angkuh
dan sombong.
(Abu Abdillah Dzahabi)